Isnin, 20 Januari 2020

#9 Kotak Angin Homemade

Assalamualakum.. Hai semua. Selamat bertemu kembali tahun 2020 ni.. Projek kali ni biasa saja. Aku nak buat kotak angin sendiri versi aku la.. Aku buat ni pun sebab kotak angin asal dah tak boleh digunakan kerana aku sekarang tengah guna karburator NSR. Jadi semuanya dah berubah terutama kedudukan la. Memang tak boleh guna tengkuk asal dah. Satu lagi arahnya juga sudah kesisi kiri motosikal aku, asalnya karburator kriss ni kearah sisi kanan motosikal. ye kan?? apa? tak ingat? pi tengok dekat motor kriss korang tu. 

Sebelum tu bagi aku intro dulu la ye.. Tetiba rajin pula nak karang ayat merapu merepek aku ni.


Kalau nak ikut sejarah kotak angin yang aku pernah buat, memang banyak la. Ada yang guna botol, ada yang guna PVC, ada yang guna filter.. Macam-macam lagi la. Puncanya satu saja. Tak nak bagi benda asing masuk kedalam karburator seperti debu tanah atau serangga yang mana boleh membuatkan macam-macam masalah akan jadi nanti. Antara yang paling perit valve bocor.. Tetapi masalah bila kita buat kotak angin DIY ni ialah bagaimana flow angin? cukup kah?, lebih kah?, ngam kah?  Selain tu aku mencari macam mana nak kasi bunyi angin yang terhasil dari mulut karburator tu tak dengar atau perlahan. Aku sebenarnya memang tak suka dengan bunyi karburator ni.. Kalau boleh nak dengar bungi ekzos ja..

Susah sebenarnya nak ikut kehendak motor ni. Semua bergantung kepada spesifikasi motor tu. Kalau motor standard tak da masalah sangat. Block 57mm pun tak banyak masalah dengan kotak angin ni. Tapi ini motor yang dah di mode sekali jackrod. Semestinya perlukan angin yang banyak dan teratur supaya boleh mendapatkan kelajuan yang tinggi dan jimat minyak. Opsss.. Jimat minyak macam mengarut ja.. Mana da motor upgrade jimat minyak. Hehe. Tapi sebelum tu mai baca dulu macam mana aku buat bagi jimat minyak motor aku..

Okay aku dedahkan la spek motor aku ni sikit.
-Karburator NSR (loker je)
-Cam biru alang motor (aik!! motor jekrod pakai cam biru ja?) lantak aku la😆.. aku tak da duit
-Valve standard (ya la.. dah head standard aku pakai)
-Head intake dan ekzos korek (ada rahsia)
-Piston 57mm (Kozi)
-Jackrod 3.5mm (Faito)
-Ekzos espada RS150 (pasang silencer)

Mengikut spek diatas, kotak angin perlu direka secukup rasa supaya angin cukup, masih terdapat vakum dan bunyi dapat dikurangkan. Segala macam ukuran perlu ada. Susah juga. Banyak jugak kotak angin DIY yang terkorban. haha. Tapi tak mengapa. Teruskan usaha.. 

Jadi aku pun fikir bahan apa yang aku perlukan untuk menghasilkan kotak angin yang macam aku nak ni... Bahan mestilah boleh kurangkan bunyi, kuat, tak mudah kemek bila vakum terhasil dan flow angin cantik..

Aku pun terpikir untuk beli plate perspek... Aku cari plate ni di kedai yang buat nombor plate dan papan iklan.. So dapat la papan perspek tebal 2mm ni bermodalkan RM18 1.5ft X 1.5ft. Kemudian bahan untuk lekatkan perspek ni... Aku pun pergi cari gam tutan. Tapi yang jumpa gam epoxy adhesive glue di kedai RM2.. Boleh la. kuat jugak.

Sebelum mula buat tu, kita kena lakar bentuk. Macam mana kedudukan nanti dan mesti kena muat di body motor.

Lakaran kotak angin
Bila dah lakar macam ni, baru kita buat menggunakan bahan dibeli tadi.


Perspek 1.5ft X 1.5ft

gam tutan versi rm2
Okay tiba masa kena potong mengikut lakaran yang dah buat tadi menggunakan alat pemotong..
Mesin grinder.
(mata piring tu aku buat sendiri ja guna tin susu)

selepas dipotong
Selepas tu cantumkan potongan-potongan tadi sampai jadi bentuk yang nak tu menggunakan gam adhesive tadi
Dah siap cantum.

Korang mesti perasan ada 2 lubang tu kan? okay lubang tu untuk angin masuk la.. Apa hal kotak angin tak da lubang angin.. Apedaaa.. Angin akan masuk mengikut hos warna biru tu, kemudian akan disimpan dalam kotak angin, dan akhir sekali akan keluar melalui hos hitam tu untuk ke karburator.

Nak buat lubang tu guna apa? pandai2 la korang tebuk guna mesin ka, pemanas solder ka.. asalkan buat ngam2.
sebelah depan
Okay sebelah depan ni ada 1 hose kecik ni. Untuk apa? untuk salurkan udara ke dalam crank engine. Jadi crank akan ambil udara dari dalam kotak angin juga.. Tapi kenapa aku letak depan? Kenapa tak letak tepi atau belakang? Kan lagi dekat... Haa jawapannya adalah aku nak buatkan angin dari crank terus ditembak kedalam karburator masa proses pengambilan berlaku. Jadi udara akan masuk lebih banyak. Selain itu bunyi sedutan karburator juga dapat dihilangkan.. Umpama suap sebelum minta makan. hehe.. Efek samping lain, Motor aku lebih jimat minyak la weh... Pickup pun boleh tahan.. sebab udara yang masuk tu ngam2 korang tau tak? Pergerakan piston menekan udara yang sama banyak di bahagian dalam enjin dan kebuk pembakaran. Formula ni digunakan oleh 2stroke... Aku pakai balik ja. cuba dekat 4 stroke.

boleh tengok gambar dibawah ni.
Amacam? korang fahamkan jelah gambar tu.. Aku tak mau terang dah.. Gambar dengan ayat dalam tu aku buat sendiri guna adobe... Bukan cilok kat google.
Pandangan dari mulut karburator
Korang nampak kan hos tu? Udara dari crank engine akan ditembak ke mulut carb melalui hos tu lah.. Senang citer macam injection la. Tapi injek udara jelah.. Ala2 turbo atau Supercharge. Sebenarnya fungsi ni dah lama ada pada moto kriss ni.. Kalau tak percaya, pergi tengok kotak angin asal motor korang tu. Ada lubang dari crank... tapi tak tembak mulut carb.. Dia tembak jauh sikit... korang yang guna carb standard tanpa kotak angin asal tu, korang dah rugi la takda fungsi ni. kehkehkeh...



Haa mesti pelik apasal aku guna hos tu? Hahaha..😆 sebabnya aku takda hos yang besar. jadi hos brek disk ni pon jadi la.. Hos ni kecik membuatkan belum maksimum fungsinya. pakai sementara. Kalau nak lagi padu, Korang cari hos dibawah ni. 
L hose


Lagi luas lubang udara untuk ditembak.. Nanti aku beli la. Sekarang ni aku cari dekat kedai rumah aku tak jumpa lagi.. Nak kena cari jauh sikit..

Okay sesi memasang pon selesai.. Jadi la rupa macam dibawah ni... Korang tengok la sendiri. 





Macam mana? Boleh la noohhh... Kira aci la. Aku bukan nak buat untuk kejar kelajuan sangat pon. Enjin tengah aku pon dah crack dekat dalam tu.. Aku buat pergi kerja ja. hahaha..😄 

Last sekali untuk melengkapkan aku punya kotak angin ni, aku pasang benda ni..
simota

Okay habis setakat tu idea mengarut aku kali ni. hihihi.. Tak sangka korang baca sampai habis jugak ye... hehe.😁😁 

Haaaa.. Untuk pengetahuan korang, aku dah test ride dah guna kotak angin ni.. Aku pergi naik Gunung Jerai dengan geng2 SYM VF3i. Alhamdulillah berkat turbo bohong ni, aku selamat sampai atas dan selamat turun bawah tanpa kena tinggal..








Dah habis tengok gambar?

Jarak aku hari tu dalam 154KM.  Minyak motor aku RM6 naik dan turun gunung. Jumlah 1L = 51.33 KM.. Boleh la untuk moto modi 150cc mcm aku ni nak rasa jimat minyak.. lagi jimat dari GT128 standard.. Ni kategori karburator ok. jangan nak banding dengan injection pulak. aku capuk kang...

Terima kasih sebab baca blog aku ni.. Aku karang suka-suka ja.. Bukan dapat duit pun.. Korang nk marah apasal.. haha.. Gurau2..

Bye.... aku chow dulu. assalamualaikum...










Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Starting up dan test meter