Khamis, 14 Disember 2017

#1 Oil Cooler

Penyejuk Minyak (Oil Cooler)

Hai Assalamualaikum Semua. Selanjutnya aku akan bercerita mengenai Penyejuk Minyak (Oil Cooler). Benda ni sebenarnya satu aksesori yang sangat bagus. memberi kebaikan pada enjin motosikal. Fungsinya ialah menyejukkan minyak pelincir motosikal ye. bukan minyak petrol tau. juga terdapat dikereta. tapi kali ni aku kursuskan kepada motosikal la..



Morin Oil Cooler


Untuk motosikal aku, aku telah menggunakan Oil Cooler berjenama Morin seperti dalam gambar diatas.  Aku mula gunakan sejak 2014 sampai sekarang. memang terbaik dan sangat membantu masa kita jalan jauh. masa tu aku beli dekat Palex Motorparts Gombak dengan harga RM240 pasang sendiri.

Setakat sekarang ni tiada lagi kes minyak tak sampai la, cooler tersumbat la, bocor la. semua masih berfungsi dengan baik walaupun dan banyak kali ulang alik dalam jarak ribu kilometer.


Gambar di motor sendiri Kriss 110

Perbezaan ketara masa sesudah siap pasang oil cooler ni, korang dapat rasakan enjin makin senyap walaupon dah gerak jauh. Aku pasang mcm ni jer.. sbb kriss dah ada oil pipe dekat tepi head tu kan. jd mudah la aku nak pasang.. aku gantikan je paip tu. tapi ada jugak orang tanya kenapa tak pasang dekat filter bawah je? minyak situ lagi kuat kot..

kalau korang nk pasang dekat filter, korang kena ada 1 benda ni. nama dia oil cooler adapter. aku beli x dapat benda ni, jadi aku tak pasang la. nak beli asing, mahai oiiii... tapi ada jugak oil cooler yang mai sekali dengan benda alah ni. yang ni adapter untuk kriss








yang ni pulak untuk ex5. adapter ni ikot jenis enjin jugak la.. tak boleh pakai sumbat je. ex5 tak da filter. jadi dia kena pakai benda ni, dekat head motor ex5. (Kalau tak silap aku la). kalau honda wave ke, suzuki smash ke, korang cari la dekat google dia punya adapter.




Okey kita teruskan lagi bercerita. habis dah sembang pasal adapter ni.


Bahagian paip depan


Kalau korang beli, korang akan dapat 2 oil pipe. brand apa pon yang korang beli, wajib diorang akan bagi 2 oil pipe. salah satunya Aku pasang ni dekat skru oil pipe yang depan head 1. mudah kn pakai kriss? hahaha..



 Bahagian paip belakang
(Sory weh aku x sempat cuci)

Satu lagi paip, aku pasang dekat bahagian sini. senang citer gantikan dengan paip lama la.. Simple kan? hehe



Tangki Oil Cooler

Untuk tangki dia pulak, aku ikat mcm ni jer, asalkan x bergerak atau jatuh, kira halal la. haha.. haa aku x pakai pon bracket yang dah diberi, aku buat lain guna bracket bulat-bulat tu. supaya sesuai dengan alignment body motor aku. 

ada orang kata, letak tinggi-tinggi mcm tu nanti minyak penat la mendaki.. korang jangan risau, minyak bukan macam manusia. aku dah gantung situ sejak aku mula beli lagi. tiada masalah minyak x naik. semua berjalan lancar. kalau korang dah pasangkan, lepas tu korang lupa nk kunci skru paip dekat tangki tu ketat-ketat, confirm minyak melimpah keluar dengan serta merta selepas korang hidupkan enjin motor korang.

Senang kan cara pemasangan dia. buat sendiri je, tak perlu korang hantar kedai. kalau hantar kedai, confirm caj upah RM20 atau dekat-dekat tu la.

untuk tambahan, aku ni kreatif sikit. jadi aku tambah kipas supaya lebih sejuk la masa berhenti di trafik light.



Kipas tambahan


Haa nampak?
Macam jilake kan? hahaha.. guna kipas Tambahan CPU je.. tapi tu la hakikat sebenarnya yang terjadi dekat motor aku ni.. orang tanya kenapa x beli je kipas radiator LC? hurmmm mcm mana nak jawab ye.. bukan aku xnak beli... tapi mahal weh kipas radiator tu. kuat mmg kuat. tapi 1 je x cukup nk cover panjang cooler ni...

Jadi aku pikir-pikir, aku dapat idea aku beli la kipas CPU ni. boleh beli 2 beb... baru 40 hengget ja. hahaha. murah je kipas pon boleh tahan laju.. cukup untuk cover panjang cooler ni. ngam-ngam... Kipas ni Water resistant ke? mmg x la... tapi alhamdulillah. selama bertahun-tahun aku pakai kipas ni x da prob lagi la. masih laju mcm baru. cuma berdebu je. tu x da masalah. boleh cuci.. hujan lebat aku redah, banjir aku sondol.. syukur kipas ni masih teguh memberi jasanya. kahkahkah... haa kipas ni aku sambung ke suiz. ON je suiz, kipas bergerak dengan jayanya.. 

kesimpulannya aku x peduli orang kata pelik ke, hodoh ke, bahaya ke.. yang aku tau aku kaji dulu sebelum pasang. dan hasilnya aku dapat apa yang aku nak.

Okey la geng. sampai sini dulu la aku bercerita pengalaman aku dengan benda-benda yang aku mody ni... kang panjang-panjang aku membebel korang bosan pulak.. aku pun nk punch out balik kerja dah.. bye. jumpa lagi di next episod..

38 ulasan:

  1. Assalamualaikum Bro , Radiator Tuw Ade Tambah Berat Skali Ke , Pastu Kalau Yg Hose Ke Dua Tu Tak Bape Nmpak Kene Letak Kt Mne , Ye La Nak Pakai Kene Tau And Alami Risiko Gak Kan 😂

    BalasPadam
    Balasan
    1. gantikan balik oilpipe yang dah ditukar tu. radiator pasang mcm biasa.

      Padam
  2. Assalamualaikum bang, nak bli kat mna ya colent tu n klu pasang kepak balik x kacau kaa

    BalasPadam
  3. hello bro..benda oil cooler adaptor tu universal ke?

    BalasPadam
  4. Boss xpe ka oil cooler masok bercampur ngan minyak hitam?

    BalasPadam
  5. Mcm otak aku.....hahahaha....jnji puas hati dgn moto n kajian sndiri

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum tuan faisal, sy dok tercari2 kat google last2 dpt gak dibawa ke site ni psal bnda ni sbb sy pn pakai kriss 110 gak cuma tgk byk jual flm shooping site x brani nk beli tkut x ngam.. Alhamdulillah dh jmpa site tuan ni dan mmg dh pakai bnda yg sy cari pn dh dipasang pd mtor yg model yg sma mcm sy cuma kraguan d sni sy nk tnya sukatan mnyak itam kena lbih skit dari asalnya la kan sbb kuantiti asal dh msuk ke dlm cooler dan dlm enjin akan kurang byk dan klu bleh nk tuan cdangkan brapa liter yg sesuai klu pakai cooler ni? Tuan pnya sukatan brapa liter? Maaf sy byk brsoal sbb sy x nak bila sy buat sniri smuanya tnpa brtnya nnti mtor sy jem x ckup mnyk etam ke apa ssah lak nk g kja..

    BalasPadam
  7. Boss pasang coolant Tu camna ya dgn radiator Tu.

    BalasPadam
  8. Bro sya pkai kris mr1 baru oky kh tu . Bile msuk juga kh .. memang mau guna bh sbb kadang2 jln tu ulang alik ada jauh sikit . Bntu bro dmna sya bole order

    BalasPadam
    Balasan
    1. ada khas dijual untuk enjin patern EX5. cari je dkt shopee

      Padam
  9. Boss Kriss110 boleh x buat macam tu

    BalasPadam
  10. Klo pasang benda oil cooler nih... Kepak motor xleh pasang ker?

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh. kalau kepak kriss 120 atau MR1. kepak kriss 110 kena adjust gantung cara lain

      Padam
  11. Kepak motor mmg xpsang ke.. Or mmg xleh pasang slpas pasang oil cooler

    BalasPadam
  12. boss wsp saya .. saya nk bertaya lh .. 0182662250 tq boss

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh je pm saya di facebook https://www.facebook.com/faisal.firesoul

      Padam
  13. Bos... Kepak kena potong ke xperlu sbb rasa cm xmuat je

    BalasPadam
    Balasan
    1. untuk kepak kriss 120 tak perlu potong sebab dah kembung

      Padam
  14. Boss kalau oil cooler untuk ct115s macam mana yee boss....ada tk step step dia boss

    BalasPadam
  15. Ada tak cara cara pasang nye boss oil cooler untuk ct115s

    BalasPadam
  16. Bos peeformance ada kurang ke bila pasang benda ni?

    BalasPadam

Starting up dan test meter