Meter dinamik Custom
Memandangkan aku baru beli meter dinamik 120. dan baru jer sampai. so terus operate la... dah nama pun kriss custom. Tak main la PNP ni. cewah sombong giler... hahaha sory2... Jangan marah pulak.. Kalau PNP buat apa aku nak kongsi. korang pon pandai pasang sendiri... ye dok? jadi aku kongsi yang custom je lah. Sebab apa custom? Sebab barang motor lain pasang dekat Modenas Kriss110.
Ni meter baru sampai. (Meter local ok. bukan ori)
Dinamik 120
Meter original aku pernah tanya RM150
Dulu aku guna meter orimotor. beli secondhand RM50
so..
Aku pernah pakai meter ori motor dinamik. Dan yang ni aku cuba meter local pulak. 90% rupa luaran sama mcm ori. 10% ja yang beza. dari segi luaran la.
Antaranya:
- Ketebalan Panel Meter (Dashboard)
- Warna meter
- Socket lampu meter
- Warna wayar lebih pudar
- Meter km/j berat 10km/j dari meter original
yang lain2 tak ada perbezaan. Perbezaan tu tak bagi masalah pon pada kita. Susunan wayar seperti original.
cukup la pengenalan meter dinamik setakat ni... seterusnya meter RPM pula.
RPM Meter KOSO
Untuk tidak memeningkan kepala korang, Aku nak khususkn benda yang aku nk citer ni kepada RPM KOSO jenis ini sahaja. Jenis lain tak termasuk. Jenis ni RM180 dari kedai. Sesiapa yang pasang meter jenis ni, korang boleh ikut sebijik2. Kalau jenis lain. Boleh juga ikut, tapi pastikan korang tahu setiap wayar RPM korang tu.
Koso jenis ni datang dengan 5 wayar
- Merah = positif
- Koko = positif
- Hitam = ground
- Hijau = xda function
- Putih = coil untuk gerakkan jarum
Sekarang kita mula operate. Buka skru2 yang ada tu sampai boleh cabut panel meter.
Potong bahagian Bulatan biru
Aik.. Macam tempat meter minyak.. haaa benar... Memang tempat meter minyak.. Kenapa aku buang meter minyak? Sebabnya disitu je tmpat yang membolehkan aku sumpat meter RPM KOSO ni.. hahaha. ada yang bertanya... Minyak nak tengok macam mana bro? Haaa jap lagi aku citer macam mana nak tengok minyak.
Mudahnya meter local ni pasal dashboard dia nipis... Boleh gunting mcm tu je... Kalau meter ori, jgn harap la nak gunting. Tebal nk mampos sbb perspek glass..
Tempat Meter Koso
Seterusnya meter koso tu dibogelkan dari bajunya dan dilekatkan pada cover dashboard. Aku guna super glue je untuk lekatkan disitu. Jangan risau. Memag kuat.
Pastikan nombor 10 betul2 dibawah lampu 2T
Korang kena letakkan betul2 seperti dalam gambar baru lekatkan gam. Kalau senget, habis la.. Super glue tu oiii.
Lubang wayar
Okey. Yang ni pula lubang wayar meter minyak tadi.. Semua ada empat lubang.. Lubang yang sesuai ialah pada yang ditanda anak panah hijau tu.. Masukkan kesemua wayar rpm ke dalam tu.. Sory yang dalam gambar tu aku tersilap masuk... Tapi aku dah tukar masukkan yang hijau tu.. Terlupa nak Ambil gambar. Kira halal la ye.. hehehe
Note: Meter koso aku tu wayar Hijau tak da fungsi. Jadi aku dah buang. Tinggal 4 sahaja.
Gambar sebelum aku cabut meter minyak
Tengok dalam gambar ni. Ada 3 sahaja wayar yang bersambung dengan meter minyak.
- KOKO = positif
- PUTIHKUNING = coil minyak
- HITAMKUNING = ground
Sambung wayar RPM
Ini part yang penting. Dimana korang nak kena sambungkan wayar2 RPM tu. Tersalah sambung, Lingkup la. Okey tengok gambar betul2. 4 Wayar rpm yang panjang tadi aku dah potong pendek supaya tak berserabut. Kemudian sambungkan balik wayar meter minyak yang aku cabut tadi dengan wayar meter RPM. Jelas?
MERAH rpm + KOKO rpm > KOKO meter minyak
HITAM rpm > HITAMKUNING meter minyak
HITAM rpm > HITAMKUNING meter minyak
Itu asasnya dulu. Dan 1 lagi wayar PUTIH tu korang kena sambungkan pada wayar meter minyak tadi.
PUTIH > PUTIHKUNING meter minyak
PUTIH > PUTIHKUNING meter minyak
Selesai sambung RPM Meter
Guna solder untuk kekemasan yang lebih. Kemudian balut cantik-cantik. Kita dah tak usik dah benda ni
Meter siap. boleh pasang skru dan cover semula.
Masuk bahagian susunan wayar meter supaya berfungsi tanpa ada kesalahan. Aku akan terangkan bahagian meter minyak dulu. macam mana kita nak tengok aras minyak tanpa buka tangki.. Berguna sebagai anggaran minyak ketika sedang menunggang.
Socket yang bertanda "M"
Yes.. Itu mmg socket lampu indicator 2T. Motor 2 lejang memang guna socket ni.. Tapi Kriss tak guna 2T. Jadi dari dibiarkan tak berfungsi. Aku dah fikirkan yang indicator 2T ni boleh diubahsuai menjadi indicator minyak Petrol. Socketnya ada wayar KOKO dan BIRUKUNING.
Macam mana?
Lakaran susunan wayar yang aku buat
Gambaran sisi kanan
HITAMMERAH - AQUA - KOKO
HighBeam - Neutral - Positif
Gambaran sisi atas
MERAH - HITAM - HITAMMERAH
LampuMeter - Ground - HighBeam
Gambaran sisi bawah
KOKO - HIJAUMERAH - HIJAU
Positif - TopGear - Signal
Gambaran sisi Kiri
HIJAU - BIRU KUNING - MERAH
Signal - Lampu2T - LampuMeter
Semua gambar diatas aku dah dah susun wayar. Boleh ikot sebijik2 bagi pengguna kriss.. Kalau takot salah. Cek je guna meter lama.
Selesai convert lampu 2T kepada petrol.
Cara ia berfungsi:
- Minyak penuh, lampu 2T tu akan menyala terang.
- Bila minyak separuh. lampu 2T akan berkelip2. Bermakna RM5 sudah habis.
- Bila minyak tinggal sikit, Lampu akan malap.. Lampu takkan terpadam. Cuma malap sahaja.
Wayar RPM
Alright... Selesai sudah susun wayar asas. Sekarang ni nak sambung wayar RPM pula.. Ingat lagi tak yang wayar PUTIH dari meter RPM tu sambung dengan wayar PUTIHKUNING? Haa ini dia sambungan wayar tu.. Nampak tak yang wayar terkeluar tu? anak panah putih kuning tunjuk.. RPM meter koso akan mai dengan 1 lagi wayar tambahan iaitu BIRUKUNING wayar sgt panjang. Wayar tu la yang akan sambung pada coil.. Jadi disebabkan wayar tu panjang. Aku dah tukar kepada wayar lain iaitu hitam kuning... anggap je wayar hitam kuning yang anak panah birukuning tunjuk tu sebagai wayar birukuning yang mai sekali dgn rpm tu. Haha... aku dah nampak dah korang tengah pening.
NOTE: Wayar HITAMKUNING ini bukan wayar yang asal dari motor ok.. Yang ni wayar lain... Aku ambil sebagai pengganti wayar BIRUKUNING tadi.
Aku sambungkan pada wayar PUTIHKUNING coil RPM dari meter tadi dengan wayar HITAMKUNING. jadi penghujung wayar HITAMKUNING ialah
Coil Plug
Anak panah kuning tu ialah wayar HITAMKUNING tadi yang bersambung pada wayar PUTIH coil rpm meter. Dan yang anak panah merah tu ialah penyambung asal coil plug.. Aku cuma selitkan je wayar HITAMKUNING pada wayar merah tu mcm dalam gambar.
SETTLE BAB RPM METER
Rileks dulu bro... Minum air. Aku tau korang blur lagi..
Ada barang depan mata, Aku jamin korang akan faham.
Gear 1, 2, 3
Untuk gear pula, Kriss cuma ada gear N dan Top sahaja.. Jadi perlu ada sedikit modifikasi bahagian gear ni..
Wayar gear 1, 2, 3
Seperti dalam gambar, wayar2 ni aku keluarkan dari socket gear asal dinamik kerana susah nak sambungkan jika masih berada dalam socket tersebut.. Gear N dan Top dah siap dalam socket utama tadi.. Manakala gear 1, 2, 3 pula berada pada socket kedua. Jadi kalau korang tak nak guna gear 1, 2, 3 ini. Korang boleh biarkan je.. Maknanya. meter korang cuma akan berfungsi di bahagian N dan 4 sahaja. Seperti meter asal kriss iaitu N dan Top.
Jika korang nak gear 1, 2, 3 ni berfungsi. Ada sedikit modofikasi yang diperlukan. Iaitu korang perlu ada gear indicator sensor Kriss 120 / Kristar
CONTOH
Rupanya seperti dalam gambar diatas. Ada la iras2 kriss 120 sikit.
Ni contoh je lah weh.. P la cari kat kedai rupa sebenar mcm mana. Aku cari dekat pakcik google tak jumpa pulak nak tunjuk dekat korang. hahaha
Gantikan je gear sensor kriss 110 korang yang lama.. dan kemudian sambungkan pada lampu gear di meter tu seperti gambar dibawah.
wayar putih 3 beradik tu wayar tambahan ok. korang takkan jumpa dekat motor korang.. Aku guna sebab nak sambung dekat sensor tu la.. Dan connector tu aku beli kt kedai elektrik
Dengan ini selesai wayering meter baru..
- RPM ✔
- Gear ✔
- Indicator Minyak ✔
Last sekali mcm mana nak ikatkan meter pada handle?
Ikat je macam biasa. Cuma korang perlu buang bnda ni.
Pengikat asal meter kriss 110
Patahkan je dua2 belah.. selepas tu siap boleh pasang coverset
Fuhhh panjang berjela kali ni.. Sebagai ganti lama tak update citer.. Harap perkongsian kali ni memberi manfaat kepada kaki2 modi diluar sana.. Kalau ada yang kurang harap dimaafkan. Dipersilakan komen dibawah. Aku pon dah letih menaip.
Thanks kepada yang support. Nanti aku citer bab lampu projector dan cara pemasangannya pula..
Bye.. assalamualaikum
Sebab apa kena patahkan besi pengikat meter?
BalasPadamsebab meter dinamik x sama dengan meter kriss110
PadamMacam mana nak settle bab meter minyak kriss 120 ni. Bila on suis meter minyak naik laju. Jadi bila buang wayar positif slow pula naik tapi bila dah start enjin meter minyak naik makin laju. Tank takda minyak pun tetap naik F bukan E. Mohon pencerahan
BalasPadamSalah wayar kowt
Padamsalah wayar tu.. cek semula... pastikan 3 kedudukan wayar positif, negatif, dan coil minyak
PadamSalam boss. Nk tanya.. Kriss mr1 blh ke buat mcm ni?? Maksud sy tu utk gear 1 2 3 tu.. Blh ke digunakan?
BalasPadamXpasti.. sbb enjin mcm ex5... Mungkin kene cari gear sensor motor lain yang masuk dan boleh baca gear 1234
PadamBoss nk tnya pasal meter minyak tu.. ok skrg wayar minyak di meter lama dh guna semua wire utk rpm..so mcmane nk dptkn wirr signal dari tangki minyak?
BalasPadamAssalam bos. Takde buat meter ni lepas tu jual ke? Kalau ade saya nak beli
BalasPadamUntuk meter ni full custom kalau nak saya buat dan korang beli balik PNP je. Anggaran kos semua RM270.
BalasPadamAssalam. Ada nombor ws tak boss saya mcm berminat nak beli terus.
PadamSensor gear tu kena mod atau pnp ja
BalasPadambawah PNP. wayar kena mod
PadamSensor gear tu kena mod atau pnp ja
BalasPadamSalam.Bossku boleh bagi tips tak nk tukar meter kriss 120 masuk kriss 1.Sb kriss 1 ade 1 cabel jer.Kriss 120 ade 2.
BalasPadamtipsnya kena kenal wayar dan puncanya.. kabel kedua tu selalunya gear sensor punya
PadamNak tanya meter ni sesuai x utk mr2 modenas
BalasPadamsesuai. yang penting kena fahamlah wayar dan fungsinya
PadamMcm mana buka casing meter rpm koso?
BalasPadamkopek je dgn pisau.. casing atas lembut je
PadamHi nk tanya kalau tukar sensor gear x dee kacau wayering kee
BalasPadamDan boleh bagi number wasap x senang sikit
PadamWayering susun balik ja
Padamboss klu pkai meter kriss cume sambung kt wayar minyak je ke mcm mne?
BalasPadamSama saja mcm ni. Wayar minyak jugak
BalasPadamBang. Dinamik boleh ikot cara ni tk agak2?
BalasPadamKenan nk try boh rpm koso ni..
Klau boleh nk mntk number phone.. Senang skit nk tnya apa2
PadamBoleh.. kalau tau fungsi warna wayar meter asal. Selalu ubah tempat ja
BalasPadamSalam boss...
BalasPadamNak tanya..utk penunjuk myk tu,nak pki wire yg mana? Asal wire meter myk ada 3 kan? Mentol ada dia je wire...yg lain sy paham dah
minyak wire kuning putih
Padamsambungkan pada biru kuning untuk tukarkan fungsi lampu 2T kepada signal minyak
Padam