Isnin, 19 Ogos 2019

#8 Permasangan Carburator NSR

Assalamualaikum semua. Hai bertemu lagi... Terima kasih la kerana mengikuti blog tak seberapa ini.. Dah la poyo. Buat2 pandai. Custom ntah apa2 la... Syok sendiri pulak tu. Haha.. Tapi lantak la.. Peduli apa kan? Kalau suka, baca je lah. Tak suka, butang close ada je kat tepi tu...

Baiklah. Takda mood nak bebel panjang-panjang. Ni blog pendek jer... Seperti yang korang tengok dalam tajuk tu, korang mesti dah tau kan? Ini bukan content cara set carb NSR tau. Ni cara pemasangan je. kalau nak content cara set MJ PJ, Jarum nsr ni, lain kali la ye.. Tunggu ada mood dulu..

Carb  NSR yang aku beli

Cerita la sikit apa tu Carburator NSR ni... Carburator NSR ni kodnya ialah PE28 boleh tengok dekat tepi mangkuk takungan minyak carburator tu.. Nombor 28 bermaksud saiz intake tu 28MM.. Sesuai untuk moto yang dah up cc ke 130cc-150cc. bergantung up stroke atau up bore.. Dalam kes ni look standard dah tak boleh pakai.. CC besar carb kecik. mana maunye... Kriss standard carburator cuma 18mm sahaja. beza 10mm tu. Banyak lagi la carburator lain yang saiz 28mm ni.

Okay.. Kita panggil Carb NSR ni pasalnya moto NSR dulu yang guna carb ni. So mudah bila nak beli di kedai, Cakap ja nak carb NSR. Tuan kedai sudah tau.. Kalau tak silap ada 2 jenis carb ni.. tengok gambar di bawah.
Jenis 1
Jenis 2

Seperti dalam gambar tu boleh tengok perbezaannya cuma pada choke sahaja. Yang lain-lain sama. jadi terpulang la pada korang nak pilih yang mana.. Kriss boleh guna dua2 sebabnya kriss dah ada kabel choke dikiri handle. Kalau tak mau guna kabel pon boleh. Guna ja yang jenis 2 tu. Moto tak hidup nanti tertonggeng2 la nak tarik choke kat bawah tu. haha. 

Untuk guna carb ni. Korang tak boleh pakai tengkuk asal kriss. Tak sesuai geng.. Tengkuk kriss ada telinga.. Eh bukan telinga ka? Ntah la.. Aku panggil telinga ja.. haha. Rupa dia mcm ni


Tengkuk standard Kriss (Gambar Google)

Lagi pon saiznya kecik. Jadi kurang sesuai la.. Carb dah besar, tapi lubang kecik. Seeloknya korang guna tangkuk seperti bawah ini.

Tengkuk UFO (Gambar google)
Jenis ni universal. Boleh pakai. Takda telinga. Sesuai dengan mulut carb yang bulat tu. Korang nak pusing arah mana pon ikut suka la..

Dah kenal kan barang2nya. aku list sikit la harga dua benda ni.

CARB NSR        RM  80
INTAKE UFO    RM  27
JUMLAH           RM 107

Sini aku tunjuk cara modi pulak. Ada yang kata kabel trotle kriss ni tak boleh pakai balik sebab tak cukup panjang.. Tapi boleh je aku pakai. Sampai je... Ni pon berkat sifu2 yang ajar la.. aku bukan pandai pon.. tapi gambar modi ni ori dari kamera aku okeyhhhh..

Langkah pertama. right handle switch kena buka.
right handle switch.
Tak perlu buka cover handle pun.. Buka dua skru dibawah tu, dah boleh tanggalkan.. Pastu cabut la trotle tu.. Dah tanggal. Rupanya seperti dibawah ni.. Ada 1 lubang lock kabel..

trotle handle
Okey dah tanggal tu mai la kita modi sikit.. Apa perlu dibuat, Kita mark dulu tempat yang kita nak tebuk.
kawasan yang perlu ditebuk
Jaraknya jangan terlalu ketepi sangat. Biar balance.. Korang tebuk la guna apa pon yang korang suka. aku tebuk guna solder tu ja. mudah kerja aku. Tebuk la ikut patern lubang asal tu.
yes dah siap
Macam ni la rupanya bila dah siap.. Ada dua lubang lock... Okey jelas? sekarang ni kita dah tak pakai lock asal tu.. Kita akan masukkan kabel guna lock baru dibuat tu.. Pastu pasang la balik semua...

Langkah seterusnya korang adjust itu nut dekat bawah. aku tak tau la apa namanya. yang aku tunjuk tu lah.. kasi rapat2
Nut adjust ketegangan kabel
Dan pasang la mcm biasa. Part modi dah settle sampai sini..

Aku pasang macam ni
Okey untuk pengetahuan korang. Carb ni tak boleh dipakai bersama kotak angin asal. Sangat2 tak sesuai walaupon dah buang span dalam. Tak lawas.. Carb TS24mm pon hampir-hampir tak lawas. Inikan pula 28mm. cari la airfilter universal.. Jangan biar ternganga. Habuk masuk, batu masuk nanti nangis tak sudah sebab valve bocor.

Cukup la takat tu cara pemasangan.. Lain kali aku sambung part set carb pula.. Tak tau la mazhab mana pula aku nak ambik buat modal untuk tipu korang. hahaha.. gurau2..

Terima kasih kerana membaca. Membaca amalan mulia. Jangan duk harapkan video ja.. cam na otak nak berkembang.. kahkahkah.. Jahatnya aku kata mcm tu..

Jumpa lagi. bye..

11 ulasan:

  1. Beli dekat mane carb tu bro ori ke?

    BalasPadam
  2. Kenapa semput ye.. carburator nsr pasang salah ke.. mto sym 110.. boleh tunjuk ajar

    BalasPadam
  3. Mcm mna nk buat ye

    BalasPadam
  4. Depan carberator berapa mm belakang carberator berapa mm pulak

    BalasPadam
  5. Salam bang, kat kriss mmg nsr Jenama Honda eh? Ke Ade Jenama lain selain Honda

    BalasPadam
  6. Lpstu, kalau Kite pakai carb besar? Yg xperlukan kotak angin? Kalau kotak angin tu stay kat tempat aslnye xyh buang boleh kan? Xganggu posisi kedudukan carb tu kan?

    BalasPadam
  7. Block standard.. Guna cab 24mm ts boleh tak? Kristar

    BalasPadam

Starting up dan test meter