Rabu, 24 Julai 2019

#7 Monoshock dan Permasangan Rim Y15

Hai assalamualaikum semua..
Nampaknya lama juga aku tak kemaskini blog aku... Kahkahkah.. Perlukan masa untuk aku create blog baru. sebab projek kena ada baru boleh karang.. Haaa kali ni aku tak karang saja-saja.. Projek ni tentu ramai yang dah tunggu-tunggu bila nak release.. Cewaaah.. Ok Cukuplah aku merapu sikit-sikit. Panjang Karangan ni.. Pastikan Korang ada masa nak membaca.



Okeh. disebabkan moto aku dah lama buat Mono ni. Dah 2 tahun rasanya. Pastu adik aku pon duk geram ja tengok moto aku pakai Mono hari-hari. Dia pon teringin juga la nak buat dekat moto Kriss 110 dia tu.. Kelebihan pakai mono ni moto akan lebih stabil. Tak goyang punya masa high speed ataupon masa layan corner. Memang confident habis berbanding standard absober.. Lagi-lagi guna tayar mahal. Ngam pula dengan body berat.


Sebelum buat mono ni, korang kena la convert ke cover set 120 atau MR1. Cover set 110 sangat2lah tidak sesuai..
Ni rupa moto aku lepas eksiden

Ni pulak moto adik aku masa tu

next!!!!
Dia mula kumpulkan barang sikit-sikit.. 3 bulan juga la cari satu-satu barang sampai cukup. Macam- macam sebab la yang jadikan barang lambat cukup. So aku ambik kesempatan buat blog berdasarkan projek moto dia ni.. Kemungkinan ada part yang aku tak dapat follow. Aku pon sibuk dengan kerja.

Jom kita tengok barang apa yang diperlukan mengikut harga pasaran yang kami dapat... Harga subjektif ok... Ada yang murah, ada yang mahal. Ikut tempat masing-masing. setakat ni aku dah tapis juga la harga-harga yang aku jumpa


  1. Monoshock dan Rantai
    Rantai Dinamik. Lebih panjang (RM30)

    Monoshock Dinamik (RM120)
    Dua barang ni paling awal dapat sebab dia terus p beli ja kat kedai. Ready stock!! Beli siap2 la skru dan washer nak ikat mono ni..
  2. Swing Arm Dinamik

    Swing Arm Second hand (RM130)
    Swing Arm ni dapat siap dgn getah rantai tu.. Aku lupa nk letak sekali. Bayangkan je la nohh. aku beli dari grup dinamik DOC (Dinamik owner comunity). Ada la orang post. yang ni ambik masa yang lama. Biasa la. Masa tak cari, ramai je nak jual.. Bila masa nak cari, takda sorang pon post. haih.. 
  3. Aksesori Arm (Cekak Udang)
    Cekak udang Arm set (RM70)
    Ni mahai giler. Sebelah nak dekat RM40. Original punya sebab yang local tak ada stok.. Nampak ja simple camtu. Boleh cari yang local murah sikit beberapa belas ringgit je..
  4. Cover Rantai
    Cover Rantai LCV2 (RM18)
    Ini ikut suka korang la nak beli cover jenis apa pon.. Aku saja pilih yang ni sbb nak bagi nampak padat sikit.
  5. Door Lock Bracket dan Bar Plate
    Bar Plate (RM8)
    Door Lock Bracket. RM4
    Ini barang modify yang kita kena beli untuk buat bracket monoshock pada body moto. Mesti beli bersamaan dengan bar plate tu.. Cari je dekat kedai hardware. Selalunya ada. Pilih ja mcm mana pon ikut kesesuaian
Haa itu saja barang asas yang perlu ada buat masa ni..

Jadi bila barang dah cukup tu.. Boleh terus buat la (kalau ada alatan welding dekat rumah)... Kalau tak ada alatan welding, bawa je ke kedai moto yang boleh welding..

NOTA: Modifikasi ini bersamaan dengan permasangan rim Y15. Projek ni berjalan serentak

Kita mulakan dengan baraikan moto. Buka semua yang menganggu dan letakkan di tepi mcm ni. Bateri dan Tangki minyak juga hendaklah dibuka supaya tak ada kebakaran menanti. haha.

Susun elok-elok letak tepi.
ini dari Projek moto aku. sama ja kedudukannya

ini dari Projek moto aku. sama ja kedudukannya


Dorang alighment. Kita tengok ja

Kerja2 kerja welding boleh dijalankan seperti dalam gambar dibawah ni.. Sorry tak boleh ambik dekat. Too dangerous. hahaha. Biarkan kepada yang pakar.
Pakar welding sedang melakukan tugasnya
Kemudian siap pemasangan Arm. Ambik masa sejam untuk siap

Pemasangan mesti la kena kemas
Bahagian bracket moto mestilah kena betul-betul kemas dan yakin dengan kekuatannya sebab seluruh motosikal bergantug padanya. Kalau tak cukup kemas boleh membahayakan rider. Lagi-lagi yang membonceng di belakang.

Dah cun semua. Boleh la pasang Cekak udang dan akhir sekali pasang Rantai.. Selesai bab modifikasi Arm Dinamik.

Next step adik aku ni nak terus pasang rim Y15 dekat moto dia.. Haaa yang warna merah dalam gambar kt atas tu la... Sebelum ni dia guna rim 125 warna putih.

Rim belakang y15 saiz 2.50

Rim hadapan Y15 saiz 1.80

Dia beli Rim ni dekat 1 brader ni. Second hand jugak. Brader tu jual RM 380 siap sekali tayar michelin pilot. Boleh meleper der.. Rezeki la dapat murah. Alhamdulillah

Note: bearing depan boleh pakai bearing kriss semula. Bearing belakang kena tukar special bearing ye.. 6302 kodnya. Shaft tayar pakai semula yang asal kriss. Tak perlu tukar.

Nak pasang Rim Y15 ni bukan mcm rim lain. Speedo gear dia tak berada di depan.. Jadi nak tak nak kita kena modify jugak rim depan dia ni supaya speedo boleh digunakan.. Apa perlu buat? 

lopak speedo hand made
Tadaaa.. Buat sendiri je lah lopak ni guna makita.. So settle boleh pakai yang depan. masuk dengan shaft tayar depan. lapik beberapa washer je untk alignment dengan disc.

Bracket disc depan kita kena extend sikit sbb disc dia besar.. fork kriss. jadi kita welding nut depan bracket caliper
caliper depan
Perasan tak yang caliper tu mcm kebelakang sikit.. ni sbb dah welding nut untuk kita extend jarak.. nak beli bracket yang ready made tu tak da jual pula dikawasan aku ni.


Rim belakang pulak masukkan terus sebab sebelum ni dah guna rim 125. seperti hub spoket, bush tengah. jadi pasang terus la... Kita ejas mesin sikit2 dekat bush luar untuk bagi alignment dengan disc belakang cun.
caliper belakang
Bracket belakang ni ada sedikit modifikasi iaitu tebuk lubang ikat skru dekat bawah tu supaya sesuai dengan kelebaran disc. perasan tak? itu saja. dan boleh pasang.

Dan Akhir sekali siap pasang depan belakang.

Bahagian bawah inner ni terpaksa dipotong bagi memberi laluan kepada monoshock. Lepas tu pandai2 la korang cari benda apa nak letak untuk cover mono tu... Macam aku, aku ambik balik je serpihan potong tu dan lekat dekat bawah tu untuk cover...
moto adik aku. tak letak cover


moto aku, ada letak cover


Proses ni ambik masa kejap ja. Tak sampai sehari pon... Terima kasih pada pomen diatas. Dia ambik RM40 sebagai upah modify sikit-sikit. Potong welding bracket, buat lubang caliper brake, welding nut caliper depan.. asah bush. alighment semua.... So bagi aku murah la dengan harga RM40 tu.

Perkongsian: Jangan syok sangat bila dah siap. Kalau masuk roadblock JPJ tu tawakal la ye.. Kalau dorang dapat spot bahagian ni.. moto kena sita la.. Sebab modify bahagian gantungan ni Serius bagi JPJ.. Aku pernah masuk roadblok dorang. mujur dorang tak perasan. Dorang hanya perasan brake disc belakang saja.. tu pon sembang panjang jugak la.. siap nak bagi surat.. Aku terang je lah apa kelebihan brake disc belakang ni.. Kena padu bagi penerangan. Kalau boleh macam pidato. kahkahkah... Ayat dorang 1 je... Kilang buat tu tak bagus la ye sampai nak ubah-ubah..? Bukan tak bagus. Cuma brake disc ni lebih efisien.. Moto dapat berhenti tepat pada waktunya seperti azan yang berkumandang tepat pada waktunya.. perghhhh. bombastik... hahaha.. Dalam hati risau sangat dah sebab kriss tak da absober.. Mungkin dia lupa kriss guna absober, bukan monoshock.. Alhamdulillah berkat alih perhatian dia, lepas jugak tanpa dapat surat..

Baiklah semua. Sehari suntuk aku karang benda ni untuk korang.. Walaupun tak dihargai tapi aku saja suka2 berkongsi.. Kalau suka, ambik la buat rujukan. Kalau tak suka, aku minta maaf banyak-banyak la nohhh.. Mungkin banyak lagi kekurangan dalam blog aku ni.

Aku tinggalkan korang dengan gambar terakhir setelah siap semua permasangan.. Bye..









30 ulasan:

  1. harap2 la info bro ni dapat guna kat kriss 120 saya ni 😅dah lama tersadai

    BalasPadam
  2. Bro Boleh Ajar macam mana bos masukkan Disc Brake kat belakang tu sebab yg asalkan Drum Brake, Macam mana Bos Convert?

    BalasPadam
  3. Sampan kat bawah 2 pkai sampan apa boss?

    BalasPadam
  4. abg,nak convert ke cover set mr1 mahal tk

    BalasPadam
  5. berapa harga untuk modi pakai monoshock ni semua sekali dengan harga arm,upah welding,monoshock

    BalasPadam
  6. Wuishh hahahha😂 moto siap lama nak dekat setahun dh hari ni baru baca😆😆 #ownermotodiatas

    BalasPadam
  7. boss blh x sye nk gbr tapak mono tu yg dh siap welding pada bodi moto

    BalasPadam
  8. Dok utara tang mna..Lg satu nk tnya bos..Piring disc dpn ori Kriss II blh kah plug in dkt rim 125z dpn..Yg blkg smua Sy dh beli YTech Thailand Muster pump,Caliper dan Disc smua baru..Sbb sy dh beli Rim 125z bunga lawang..Tggl nk psg..Yg dpn sj nk pasti dlu kna beli ka Piring disc 125z atau blh plug in yg Kris 11 punya

    BalasPadam
  9. Piring kriss 2 tak masuk dgn rim 125

    BalasPadam
  10. Rim y15 tu mmg pakai bearing y15 ke? Shaft yg dimasukkan dlam rim tu kena tukar atau pakai kriss punye?

    BalasPadam
  11. bro saya tak nampak sangat lh bahagian weld tapak monoshock ats tu.Ada tk gmbr yg lgi jelas supaya nampak macam mana kedudukan dia.satu lagi mmg kene guna swing arm dinamik je eh?

    BalasPadam
  12. Swing arm LC pon boleh pakai. Kalau nak panjang lagi Y15 pon boleh

    BalasPadam
  13. Bro boleh tak nak tengak bracket monoshock yang welding pada body moto bentuk dan cara welding mcm mne?

    BalasPadam
  14. Assalamualaikum nk number fon

    BalasPadam
  15. Saya nak mintak abng ajar kan nak number fin

    BalasPadam
  16. wahh idola...siap pasang rim ysuku lgi.brpe modal hbis ni?? aku nk upgrade kriss akutu, dah berbelas thun pkai tpi x baiki cun2. bro, boleh tinggalkn no fon utk rujukan.

    BalasPadam
  17. Terbaikk laa geng.. share ilmu.. sy naik moto wave 125. Buat mono jugak... mono ni satu jaa.. braket kat body tu paling2 PENTING.. kalau boleh buat penahan belah ats body.. setaun sekali buka check balik welding .. terutama skali yg welding ke body tu.. selalunya akan crack kt situ.. seeloknya lps buat tu kena p ntaq powder coat biaq xkarat kwasan tu.. apa2 pon mmg terbaikk laa geng.. Salam..

    BalasPadam
  18. Assalamualaikum bro .. boleh tak share gambar pada atas mono tu ..tempat bracket mono tu nak welding ..

    BalasPadam
  19. Kalau masuk swing arm y 15 ok x,dengan mono y

    BalasPadam
  20. bos spedo pkai moto apa punya?

    BalasPadam

Starting up dan test meter