Assalamualaikum semua. hai, bertemu kembali kita dalam blog cacamerba iaitu blog kriss custom 110.. kahkahkah... okay2 gurau... Kembali ke topik.. Baiklah... Seperti dalam tajuk diatas.. blog kali ni bekenaan kriss yang teringin nak pasang meter RX2N universal... Kenapa tak ada KOSO.. Kerana meter ni bukan original KOSO okay.. Untuk pengetahuan korang. Bentuk sama, fungsinya ada sikit kekurangan. Tapi masih okay dan boleh pakai... Sebenarnya meter ni aku sendiri tak pernah pasang. Jadi dia menjadi bahan eksperiment aku la... Ataupun bahan uji kaji... Aku dah cuba kaji sedalam yang boleh macam mana nak pasang meter ni.. Rujukan aku mcm biasa lah, google dan youtube... Jom kita tengok jadi ke tak.
Kita mula dengan pengenalan dahulu okay. Biar semua jelas... Meter RX2N ni ada banyak versi rupanya.. Setiap versi tu hampir sama. Cuma ada sedikit perbezaan pada fungsi butang setting... Gambar yang aku tunjuk ni aku ambil dari google okay..
Versi meter RX2N
Versi 1
Versi ni kalau tak silap yang paling terbaru. Boleh tengok pada dashboard meter tulisan X1000RPM berada dibawah nombor 14. atau dipenjuru kanan atas
Versi 2
Versi ini yang jarang dijumpai.. Tulisan X1000RPM berada diatas tengah. Aku tak dapat banyak info berkenaan yang ni. Cara setting pun berbeza..
Versi 3
Versi yang ni yang aku guna pada eksperiment aku.. yang keluaran awal. Tulisan X1000RPM berada di bawah. Jadi versi ni yang aku boleh cerita pun.. Versi lain aku cuba beli. tapi tak dapat. ohhh hampir lupa.. aku beli meter ni dari shopee.. taip je RX2N.
Baik. Jom kita sambung cerita...
Seperti sedia maklum. Bentuk meter juga berbeza dari bentuk meter standard KRISS.. Jadi kita perlu membuat sedikit modifikasi supaya boleh dipasang pada kepala kriss...
Bahan yang diperlukan ialah.
Meter
Beli dari shopee. pandai-pandai la cari.
2mm Perspek
Beli dari kedai nombor plate. selalunya ada. beli ja saiz A5 atau A4
Cover Meter kriss
Beli dari kedai motor la.. takkan kedai kucing
Okay dalam ketiga bahan ni, hanya perspek sahaja yang akan di bentukkan untuk menjadi tapak meter. buat la cantik2... baru sedap mata memandang.
perspek yang telah dipotong
Bentuk diatas ni ialah tapak untuk memegang meter dan cover meter.
Bila dah siap potong, pastikan ngam atau cun dan ikat saja guna skru untuk cantumkan perspek dangan cover meter.
Rupa meter selepas siap pasang cover dengan perspek
Rupa bahagian belakang. Nampak kemas kan?
Kalau korang perasan perspek tu berada ditengah meter antaran dalam dan luar... Ini kerana aku kepitkan perspek diantara casing meter yang atas dengan yang bawah. Perlu dibuka skru meter terlebih dahulu. Baru kuat.
Dah siap cantikkan meter untuk kriss.. Seterusnya kita beralih kepada wayarnya pula..
Ini part yang paling ramai orang benci.. Bukan apa. Orang tak suka kerana berisiko alat elektronik rosak jika tersalah sambungan wayar.. Hanya org yang terbiasa saja berani ambil risiko.. Macam aku ni, memang selalu sangat bermain dengan alat elektronik kenderaan ni. jadi tak ada masalah sangat.
jom kita tengok wayar.
Gambar diatas ni ialah diagram meter KRISS dan meter RX2N yang asal dan yang telah diubah tempat. Korang perlu ubah suai supaya meter korang berfungsi dengan baik. Ikut ja macam dalam gambar. Penat aku lukis tau.
Boleh rujuk gambar diatas jika nak buat sendiri.
Gambar diatas ni pula adalah dari soket motor.. yang bertanda hijau tu wajib cabut dari soket ye. Sebab gear dah tak berada disitu dah. Gear berada di soket custom. Kena buat sendiri... Bila dah cabut , Perlu masukkan wayar tambahan untuk kegunaan wayar ungu meter nanti. Wayar tambahan ni perlu terus sambung ke positif bateri ataupun boleh juga sambung pada wayar putih hitam yang berada pada tengah motor. Dan satu lagi wayar tambahan untuk kegunaan RPM menggantikan wayar merah putih lampu meter. wayar ni perlu disambung pada coil motor. Tengok gambar dibawah ni
sambungan socket suis motor
Aku guna wayar tambahan bewarna koko untuk sambung pada wayar putih hitam tu.. Korang nak guna wayar warna apa pun ikut suka la. Janji wayar tambah, bukan wayar yang ada pada motor korang.
Ini penting sebab itu wayar positif. Jangan bagi kena pada body motor. Kang tak pasal-pasal shot...
Gambar dibawah ni wayar tambahan untuk kegunaan RPM.
Faham kan setakat ni..? Kalau tak faham. Tengok gambar supaya faham.. Video pun aku dah sediakan di channel youtube aku.
Okay. Masa ni korang dah boleh cek dah meter korang.. Cucuk pada soket motor dan boleh on suis. semua akan menyala... nak bawak motor pun dah boleh. cuma speedo dengan gear saja tak berfungsi lagi.
lampu tinggi OK
signal kiri kanan OK
rpm OK
lampu backlight OK
jam OK
minyak OK
Langkah seterusnya, Korang perlu uruskan gear pula. Kalau korang nak pasang terus wayar gear yang dah dicabut tadi pada soket gear meter pon boleh. Cuma N dan 4 sahaja yang berfungsi.
Macam ni
Soket gear.
Buat macam ni kalau korang nak guna gear N dan TOP saja lah.. Soket biru tu sambungkan pada soket gear pada meter rx2n tu.
soket gear meter
Diatas ni soket gear ye.. Tak perlu ubah apa-apa. Korang cucuk ja wayar gear N tadi pada hijau merah. dan wayar gear 4 pada merah kuning. Tu ja. Gear N dan 4/top dah berfungsi...
Bagi yang nak lagi puas, korang hidupkanlah gear N 1 - 4 tu... Tapi kena ada 1 barang tambahan iaitu
Neutral gear switch
Bukan main beli je ye... Model yang boleh pakai pada kriss110 ialah model kriss 120 dan kristar.. Nak tau apa bezanya.. Ada 5 point tu ye.. Menunjukkan N-1-2-3-4.. Kriss 110 cuma ada 2 point je..
Nak guna sensor ni kena ada wayar tambahan jugak.. Aku cari wayar yang lama untuk tambahan ni.. Cari 5 wayar yang sama panjang dalam 50cm. Kemudian cucuk ja pada soket gear tu.. Guna la terminal electrical connector supaya nampak kemas sikit. 6 way untuk soket Neutral gear switch dan 9 way untuk soket meter.
6 way terminal electrical connector
Gambar yang aku tunjuk dekat bawah ni ialah susunan soket gear pada meter okay.
kededukan wayar pada soket gear meter.
selepas dipasang
Gambar diatas ni aku dah sambungkan semua wayar gear. N-1-2-3-4-5. jadi siap boleh digunakan. Akan ada 4 tempat kosong. Ye la sebab kita hanya perlukan 5 tempat saja untuk gear berfungsi. lagi 4 tempat tu biarkan je kosong. kecuali motor korang memang ada smpai gear 6.
Gear OK
Langkah ketiga, speedometer... Speedo pula memang kena buat modifikasi. Yang mungkin memerlukan bantuan pomen untuk pasang sensor dan magnet.. Agak susah sikit la.. Sebab magnet ni sesuai diletakkan pada bahagian motor yang berputar untuk membolehkan sensor membaca berapa kali magnet melintasi sensor. Kemudian data tu akan dihantar pada meter untuk dipaparkan.
Magnet ni ada 2 bahagaian. Seperti yang kita belajar masa sekolah rendah dulu ni, magnet ada kutub Utara dan Kutub Selatan. Aku tak pasti kutub mana yang sensor baca. Kalau korang pasang tiba-tiba sensor tak baca, Cuma pusingkan ja kutub yang satu lagi.. Dan pastikan sensor dan magnet berada tepat. Tak perlu terlalu rapat. 1mm jarak sensor dan magnet pun dan okay dah.
Sensor dan Magnet
Macam yang aku pasang, aku pasang pada brake disc. sebab disc tu berpusing.. boleh tengok dalam gambar dibawah ni.
Kedudukan magnet pada disc aku.
Sekali pandang macam agak bahaya kan.? Masa roda berpusing nanti mesti magnet terpelanting sebab terlalu laju.. Jangan risau sebab aku dah lay sikit lopak tu supaya masuk fit dengan magnet. Kena ketuk baru magnet boleh keluar.. Tapi hati-hati. magnet ni adalah material yang paling mudah serpih/pecah. Ini adalah lokasi paling sesuai untuk pasang magnet. Kalau disc motor korang, pandai la letak... Jangan letak pada bahagian yang caliper cengkam sudah la.. Boleh juga dipasang pada spoket depan. Bersama sensor pada penutup spoket depan. kena tebuk la spoket tu.
seterusnya dimana tempat untuk meletak sensor? sensor seharusnya diletakkan dimana-mana bahagian yang selari dengan laluan magnet. Faham? Maknanya untuk motor modifikasi ni. Korang kena beli atau buat braket khas untuk memegang sensor tu.. Aku nak cerita satu-satu susah la. Rim motor korang dah la macam-macam jenis, Piring disk pulak macam-macam bentuk/lebar. Yang ni kena fikir sendiri ok.
Macam disk dalam gambar diatas tu adalah rim Y15. Jadi kedudukan macam tu..
Sensor pula aku letakkan macam gambar dibawah ni.
Lokasi paling sesuai untuk motor aku la.
Sensor yang dalam gambar tu memang berada pada laluan magnet yang aku letak. Setiap kali magnet melintas, sensor dapat baca. Motor korang, kena fikir sendiri la ye. hehehe.
Bracket disk motor aku
Okay kenapa aku boleh letak celah tu. hahaha. Sebabnya aku buat modifikasi sebelum ni untuk membolehkan caliper kriss mencengkam disk Y15.. sebab disk Y15 ni lebar sedikit ja dari rim kriss.. Aku terpaksa buat extension dengan menambahkan NUT pada depan bracket tu.. Jadi bracket akan terbuka sedikit dan memberi ruang la untuk aku pasang sensor celah tu.. Haaa sesiapa pengguna kriss yang nak pasang rim depan y15. boleh ikut cara aku kalau tak da bajet nak beli fork motor lain... Harap berguna la.
gambaran dekat
Agak sulit sikit nak tunjuk. macam ni je lah yang aku boleh bagi pun.. Harap korang nampak.
Untuk mengetahui kedudukan cun atau tak, Korang boleh cek pada lampu indicator sensor ni. perlu pasang meter dulu dan on suis ye. sensor dan magnet perlu selari. Baru menyala.. rujuk gambar dibawah
Lampu indicator sensor menyala.
Speedometer OK
Baiklah. Semua dah berfungsi. Korang boleh lega sikit. Pergi minum teh ais dulu. Kejap lagi datang sambung pasang meter dekat handle pula..
Bersambung.....
Okay jom kita tengok ajaran apa pulak yang aku nak sesatkan korang ni. hahaha...
Nak pasang meter pada handle kriss ni tak la terlalu senang. Dan tak la terlalu rumit.. kalau takda modifikasi, buat apa aku nak cerita dalam blog KrissCustom ni kn?. Dah nama pun custom... mesti la kena ada cerita modifikasi. Aku tak cerita benda PNP ni. Malas aku. Nak cari PNP, Cari dekat blog lain... hahaha..
Jom kita tengok apadia..
Potong bahagian ni
Kali ni ada masalah dengan gangguan besi handle tu dengan meter.. Jadi terpaksa buang/potong bahagian yang aku bulatkan pada meter tu. Baru meter boleh masuk... kalau tak boleh jugak, korang kena kepakkan besi handle tu ke belakang. Baru boleh masuk. Aku ada tunjuk dalam video part 2 di youtube aku, faisal firesoul.
Kemudian disebabkan meter ni tak boleh diikat skru pada body, korang kena la cari apa-apa untuk tahan dia dari terjatuh kedalam cover... aku guna kotak saja untuk sokong meter tu. macam dalam gambar dibawah ni... Itu saja untuk masukkan meter.. Lepas tu dah boleh pasang cover motor korang
Kotak kitar semula..
Itulah kedudukannya.. Nampak simple dan nampak bodo ja. haha.. #sukahatiaku.
Dan akhir sekali korang setting la apa benda nak setting pada motor korang tu. Meter yang aku beli ni boleh set
- lampu latar belakang
- jam
- bilangan magnet
- selinder motor untuk rpm
- indicator minyak
- kmh/mph
- diameter roda untuk speedo ringan atau berat
- rpm sensor berada pada coil P atau N. (2stroke = N, 4stroke = P)
Itu saja kot...
Sampai disini saja blog aku kali ni. Kalau tak faham jugak, Pi cari video di youtube aku. Jangan lupa subscribe, sebab banyak lagi modifikasi kriss yang aku nak upload dalam youtube channel aku. Cuma bagi aku masa ja. Aku bukan kerja pomen. Aku kerja bahagian IT. Modifikasi ni pun aku dapat buat hujung minggu ja. Kadang-kadang hujung minggu pun tak sempat.. Ada projek, aku buat, kalau takda tu takda la..
Semoga bermanfaat pada semua.. Assalamualaikum
Salam bos...wiring signal tu ad 2 kan satu oren hijau satu lg biru hijau....oren gan biru dah masuk soket ...hijau tu nak sambung kemana..
BalasPadamwasalam. ya ada 2. pada meter rx2n, ubah wayar signal berwarna oren ke penjuru bawah dan bewarna biru cerah ke tengah-tengah soket. 1 lagi hijau garis putih ialah water temp... sambungkan ke tempat kosong sebelah wayar hitam
BalasPadamAssalam nak tanya ada diagram wayar soket gear switch kristar nak tau wayar gear N,1,2,3,4
BalasPadam