Ahad, 31 Disember 2017

#3 Custom Sirip dan mini Spot light

Assalamualaikum semua.. hai.. maaf aku terlewat post pulak. sepatutnya khamis lepas aku dah publish. Tapi tak pe, minggu ni kira aku akan upload 2 perkongsian la. Okay, Hari ni aku nak kongsi pasal cover tambahan yang aku cakap dekat episod lepas. Yang kali ni pendek jer blog aku.


Cover tu sebenarnya aku custom sendiri guna cover yang lama.. Dan gabungan beberapa alatan yang lain.



Kepak bahagian bawah.

Barang pertama, kepak mudguard. 
Aku ambik sikit yang bahagian bawah cover lama aku tu, aku potong bagi jadi bentuk macam sirip ni.. Potong dua-dua belah kasi sama.



Hasil Selepas Dipotong


Kemudian macam biasa la. Tebuk sikit untuk memudahkan kita ikat skru nanti. 1 lubang setiap sebelah. 



Bracket 88


Barang kedua, Bracket 88 panjang 1 kaki.
Boleh ambik yang sederhana keras. mudah dibentuk nanti. agak rumit sikit nak samakan kiri dan kanan. Tapi try n error la. Besi tu liat, susah patah. Bentukkan sampai jadi. hehehe. Dah siap bahagian tu, ikat guna skru.. 



Skru dan Nat


Barang ketiga, Skru dan Nat
Macam aku, aku guna skru warna. Nampak kemas sikit.



Hasil Gabungan


Akhirnya jadi sirip dekat sini.. Boleh la cover ruang kosong tengah-tengah mudguard dan dada cover tu..



Lampu spot light


Haaa 1 lagi benda yang terselit dekat situ ialah lampu spot light.
Ini barang keempat, Mini Spot Light
Aku beli dengan harga rm25 sepasang. Terang la jugak.. Berbaloi aku beli. 

Dulu lampu depan aku pernah terbakar malam2 tinggal lampu tu je yang menyuluh.. So dapat la backup light. tak la secerah lampu headlight. Tapi boleh tahan 15 meter jugak la cahaya dia sampai. Lampu headlight tumpu 1 tempat. Tapi lampu spot light ni sekeliling motor bahagian depan dia dapat suluh. Nama ja spot. Tapi tak spot pon. Dah2 membebel.. cara pasang dia juga ringkas. Cuma sambung ke wayar suis koko dan hitam(body). On suis terus nyala.



Dah Siap Dipasang


Sampai sini saja kot perkongsian pendek aku. Tak tau nk merapu apa lg kt sini. Okeylah.. jumpa lagi next episode. Bye

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Starting up dan test meter