Sabtu, 6 Januari 2018

#4 Pemasangan Seat Damper

Assalamualaikum.. Hai semua.. Terima kasih kerana mengikuti Blog aku. walaupun tak sehebat blog-blog lain. korang masih layan lagi. aku bukan nak mengejar populariti, aku cuma nak berkongsi saja supaya ilmu ni dapat berterusan. sebelum aku merapu lagi panjang, Kita teruskan dengan perkongsian seterusnya.

 Ramai diantara kita mempunyai masalah seat (tempat duduk) tertutup sendiri semasa mengisi minyak. lagi-lagi yang menggunakan bakul plastik tu. betul tak? Jadi kali ni aku nk barkongsi Pasal Pemasangan Seat Damper.. Benda ni ramai dah yang kongsi cara pemasangan sebelum ni.. Tapi motosikal jenis lain la kan? seperti LC135, Y15ZR.. betul tak? oleh sebab tu aku nak kongsi cara pemasangan bagi Kriss Pulak. 




Okey mari teruskan membaca

Benda pertama korang kena ada ialah Seat Damper la.. itu je... mana da barang kedua ketiga dah. hahaha

Seat damper

Benda ni aku beli dulu tahun 2014 berharga RM15. Sekarang aku tak tau la harga berapa. Aku beli Online dari penjual di Facebook. Benda ni tahan. Dah masuk 4 tahun aku guna. masih kuat lagi. Benda ni yang akan tolak Seat keatas nanti. 1 saja sudah cukup.


Bracket

Bracket ni dia datang sekali dengan damper tu. Jadi tak perlu risau kena beli lain la. 


Haa.. ini Bracket kedua. macam yang atas juga.. tapi aku dah siap bengkokkan untuk dipasang.


Cara pemasangan dia mudah ja.. korang pasang je macam dalam Gambar yang aku tunjukkan tu.. itu bracket yang kedua. yang aku telah modify tadi. pasang je dekat skru pelampung minyak tu.


Setelah diukur kepanjangan damper tu, aku telah buat keputusan untuk selit damper dekat skru seat. kedudukannya mcm tu, kena condong, supaya alignment dia cun dengan yang dekat tangki tu. 


Kemudian pasang je. nampak? dah siap pon.. mudah kn? lepas ni tak perlu la pegang seat lagi. hahaha. Nanti ada la pakcik2 yang tanya benda alah ni masa korang isi minyak... tu pengalaman aku la..


Ini pandangan sisi. tak terganggu langsung dengan penutup tangki minyak tu.


Ini mas separuh tertutup.. tengok damper ni hampir2 habis kn? nanti masa seat tertutup rapat, ngam2 la fit.


Last sekali Bila seat tertutup rapat, seat cun2 ja. tak nampak terangkat.

Okey la. sampai disini saja perkongsian aku kali ni.. harap korang dapat sedikit sebanyak ilmu ye.. salah silap harap dimaafkan.. yang suka, teruskan mengikuti blog aku yang tak seberapa ni. Yang tak suka, nak buat cm ne kita tak leh paksa.

Jumpa lagi next episode.

1 ulasan:

Starting up dan test meter