Rabu, 20 Disember 2017

#2 Kacuk Mudguard Dash

Assalamualaikum semua.. hai.. hari ni aku nak kongsi pasal custom masuk mudguard honda dash V1 dekat kriss... Sebelum ni aku ada tengok beberapa pengguna kriss 110 kacuk pakai mudguard LC.. tp bila diperhatikan, nampak macam tak berapa ngam dengan kriss. Pasal jarak dada dengan mudguard jauh giler walau dah turunkan fork.. itu pada pandangan aku la. Pandangan orang lain, lain pulak.. tapi tak pe. Kita abaikan dulu pasal tu... Lani aku nk bercerita tentang cara-cara permasangan mudguard honda dash V1 pada kriss 110 yang dah di convert coversuit-nya kepada kriss 120.. 

Mudguard Honda Dash V1


By the way kenapa aku pilih mudguard honda dash V1? Salah satu sebabnya ialah cun. Hehe. Mudguard dia ni ada cover pulak kot tepi.. nampak lagi lebar dan lagi kemas. Mcm transformer. Kahkahkah... Lepas tu dia ada lekuk sikit diatas supaya mudguard kelihatan tinggi. Jadi dia boleh la cover ruang kosong antara tayar depan dgn dada motor. Tak la rompong sangat..





Okey ni mudguard yang aku dah beli. Original rm50. Dan ini aku beli local punya rm35.  Balik pasang dirumah la. Pasang di kedai kene cas. Zaman najib ni kene berjimat sikit.. 30sen pon kena simpan. Nnt nk masuk toilet awam boleh guna. 😁 Hahaha.





Yang ni pulak side cover dia.. sepasang rm30 original. Terpaksa beli yang ori pasal yang local kedai tu kata habis. Malas dah nak tunggu restok. Nk pasang dia memerlukan 6biji skru kecik..

haa sory la aku dah tampal stiker. lupa pula nak ambil gambar sebelum tu.



Sebelum pasang, aku tebuk lubang dulu untuk ikat bracket. Macam dalam gambar dekat bawah ni.. yang biru tu lubang sedia ada. yang Merah tu kena tebuk. tak boleh pakai lubang skru yang sedia ada. Kiri kanan aku tebuk kasi sama. Jadi 4 lubang saja la..




Bracket pulak mcm biasa. Aku peminat bracket bulat-bulat ni aka bracket88.. sebab murah. Haha rm4 je sepasang. Pakai yang lembut sudah cukup. Senang sikit nak dibentuk. Jadi aku kerat kasi pendek sikit. Aku ikat dekat bahagia aku tebuk tadi. Kiri kanan. Kemudian baru aku pasang side cover tu. Side cover pula ikat guna skru kasar. 3 kiri, 3 kanan. sebelah dalam. panjang skru dalam 5mm. (aku kutip je mana2 skru yang aku jumpa dalam stor. tu pasal tak sama. kahkahkah)
(Gambar Google)



Dah siap pasang, jadi macam ni la hasilnya


Aku terlupa nak ambik gambar masa tengah buat tu. ni gmbar selepas pasang. kira halal la ye. janji nampak rupa juga.




Mula la pemasangan mudguard ni pada fork. Lebihan bracket td aku guna untuk ikat yang sebelah bawah pulak. Biar kuat. Tak goyang masa jatuh lopak. Okey untuk tambahan. Aku guna getah tayar dalam sebagai pelapik bracket ni supaya lagi kemas dan tak menggelongsor.. bahagian bawah je. Yang bahagian atas tadi tak letak pun getah tu. Aku guna skru warna untuk ikat bracket ni. Supaya lg cantik. Sepasang rm2.. yang warna kuning tu.. saiz 10.



Nampak x jarak tayar dengan dada? jauh giler kan?


Last sekali ni la hasilnya selepas pasang. Nmpak ngam kan... tak la rompong sangat.

total cost yang aku habiskan dekat bahagian ni
mudguard  RM35
side cover  RM30
bracket       RM4
skru warna RM2
jumlah =     RM71 


setakat ni je perkongsian aku minggu ni. yang suka teruskan layan. yang tak suka tak pelah. nak buat macam mana.


Kalau korang perasan, ada something dekat tengah2 antara mudguard dengan dada tu.. haa aku citer pasal tu next episod minggu depan.

Tunggu...

Bye semua.

6 ulasan:

  1. Boss...nk tnya lh boss.Kriss 110 ngam x kalo ltak mudguard dash ni?

    BalasPadam
  2. boss, mudguard tu mmg ade kaler mcm tu ke? atau boss cat?

    BalasPadam
  3. mudguad honda dash v1 berapa harga bos?

    BalasPadam

Starting up dan test meter