Jumaat, 5 Jun 2020

#10 Kriss 110 pasang meter RX2N bukan original.


Assalamualaikum semua. hai, bertemu kembali kita dalam blog cacamerba iaitu blog kriss custom 110.. kahkahkah... okay2 gurau... Kembali ke topik.. Baiklah... Seperti dalam tajuk diatas.. blog kali ni bekenaan kriss yang teringin nak pasang meter RX2N universal... Kenapa tak ada KOSO.. Kerana meter ni bukan original KOSO okay.. Untuk pengetahuan korang. Bentuk sama, fungsinya ada sikit kekurangan. Tapi masih okay dan boleh pakai... Sebenarnya meter ni aku sendiri tak pernah pasang. Jadi dia menjadi bahan eksperiment aku la... Ataupun bahan uji kaji... Aku dah cuba kaji sedalam yang boleh macam mana nak pasang meter ni.. Rujukan aku mcm biasa lah, google dan youtube... Jom kita tengok jadi ke tak.

Isnin, 20 Januari 2020

#9 Kotak Angin Homemade

Assalamualakum.. Hai semua. Selamat bertemu kembali tahun 2020 ni.. Projek kali ni biasa saja. Aku nak buat kotak angin sendiri versi aku la.. Aku buat ni pun sebab kotak angin asal dah tak boleh digunakan kerana aku sekarang tengah guna karburator NSR. Jadi semuanya dah berubah terutama kedudukan la. Memang tak boleh guna tengkuk asal dah. Satu lagi arahnya juga sudah kesisi kiri motosikal aku, asalnya karburator kriss ni kearah sisi kanan motosikal. ye kan?? apa? tak ingat? pi tengok dekat motor kriss korang tu. 

Sebelum tu bagi aku intro dulu la ye.. Tetiba rajin pula nak karang ayat merapu merepek aku ni.

Isnin, 19 Ogos 2019

#8 Permasangan Carburator NSR

Assalamualaikum semua. Hai bertemu lagi... Terima kasih la kerana mengikuti blog tak seberapa ini.. Dah la poyo. Buat2 pandai. Custom ntah apa2 la... Syok sendiri pulak tu. Haha.. Tapi lantak la.. Peduli apa kan? Kalau suka, baca je lah. Tak suka, butang close ada je kat tepi tu...

Baiklah. Takda mood nak bebel panjang-panjang. Ni blog pendek jer... Seperti yang korang tengok dalam tajuk tu, korang mesti dah tau kan? Ini bukan content cara set carb NSR tau. Ni cara pemasangan je. kalau nak content cara set MJ PJ, Jarum nsr ni, lain kali la ye.. Tunggu ada mood dulu..

Carb  NSR yang aku beli

Rabu, 24 Julai 2019

#7 Monoshock dan Permasangan Rim Y15

Hai assalamualaikum semua..
Nampaknya lama juga aku tak kemaskini blog aku... Kahkahkah.. Perlukan masa untuk aku create blog baru. sebab projek kena ada baru boleh karang.. Haaa kali ni aku tak karang saja-saja.. Projek ni tentu ramai yang dah tunggu-tunggu bila nak release.. Cewaaah.. Ok Cukuplah aku merapu sikit-sikit. Panjang Karangan ni.. Pastikan Korang ada masa nak membaca.

Khamis, 29 November 2018

Perancangan "next episode".

Hai Assalamualaikum Semua... Nampaknya lama juga aku tak kemaskini blog aku... Aku akan buat kemaskini tak lama lagi... Tapi tak tau la bila tarikhnya. hahaha.. Aku bukan taknak buat. Tapi aku tak ada masa nk buat.. Bila nk Kongsi ni, kita kena karang ayat dan ada gambar Benda yang nak dikogsikan tu... haa gmbar ni yang masalah. so kena cari time gak laa nak rongkah(barai) motor tu untuk diambil gambar2 dan cara permasangannya. tak pa.. yang tu nanti aku buat la bila rajin.

Beberapa perkongsian yang aku terfikir nak buat mungkin benda asas yang korang semua dah tau.. Ok baiklah. Antara tajuk aku yang dalam perancangan sekarang ni seperti dibawah:

Rabu, 16 Mei 2018

Review secara kasar

hai. Assalamualaikum semua... kali ni saja aku post.  review sikit apa yang ada pada luaran motor aku ni.

aku tak da nak tulis panjang2. sekadar letak gambar je sekeping. haha

semua yang aku masukkan dekat motor aku ni, aku custom sendiri. mmg dah hobi aku.

 okey chek it out


itu saja post kali ni. maaf ye. aku x sempat nak karang.

lain kali aku citer.
jumpa lagi nnt. bye

Starting up dan test meter