Projector lamp
OK. Ni rupa projector lamp tu kalau ada lagi pembaca yang tak pernah tengok la.. Saiznya agak besar untuk dimasukkan dalam cover lampu Kriss 120 ni.. nak tak nak, memang kena tebuk juga atas dan bawah.
Cover lampu Kriss 120
Bagi cover lampu kriss 110, tak perlu tebuk sebab memang dah besar. Muat2 masuk. Cuma kena tebuk untuk ikat lampu la.. Aku mulakan dengan bahagian yang nk kena tebuk tu
Bahagian atas
Korang kena tebuk cover bahagian atas dalam bulatan merah tu.. Memang besar.. Kalau kecik, lampu tak muat nak masuk.
Bahagian Bawah
Ini pula bahgian cover bawah. Kena tebuk juga. Kalau tak tebuk, lampu takkan center.
wayar lampu
Dah siap custom cover lampu tu. Selanjutnya kita kenal wayar-wayar yang telah disediakan.. Terdapat 3 wayar semua..
Seperti biasa, wayar hitam adalah wayar Body. Wayar ni korang kena ikat je dekat mana2 skru yang terlekat pada body tu.
Kedua wayar merah. Wayar ni wayar lampu utama atau dikenali dengan lampu besar. Wayar ni harus disambungkan pada wayar positif.
Ketiga wayar kuning. wayar ni pula ialah wayar untuk lampu senja. Atau lampu hiasan yang terlekat disekeliling lampu utama tu. juga perlu disambungkan pada wayar Positif
Wayar kuning dan merah.
Kedua2 wayar ni aku sambungkan dengan wayar lain supaya lebih panjang dan memudahkan aku sambung ke suiz nanti. Jangan pelik pula.
wayar hitam
Manakala wayar hitam aku terus ikat je pada body motor. So settle wayar hitam.
Wayar Positif/Kuasa
Okey yang ni serabut sikit la. Misi mencari wayar kuasa... Okey.. Motor kriss ni dia ada 1 wayar kuasa yang terletak pada wayar meter. On ja suis, Kuasa terus ada pada wayar tu... Wayarnya ialah wayar koko... Korang buka la motor korang, Tengok bahagian meter, ada wayar koko. Tu wayar kuasa. Pendek citer. Lampu yang aku nak pasang ni. aku pakai kuasa bateri. Bukan kuasa coil OK.
Dalam gambar diatas, Aku dah sambungkan wayar koko lain ke wayar koko meter tu. Sory la weh. Wayar tape aku dah habis. Jadi aku guna hot glue gun je untuk ikat situ. Comot sikit la nohhh.
Sambungan wayar positif
Seperti sedia maklum yang aku bagi tau tadi aku dah sambungkan wayar koko tu ke positif kan?
Sekarang masanya untuk tambahkan lagi serabut korang. kahkahkah..
Nampak tak segala macam mak nenek wayar merah aku sambungkan ke situ..
Wayar spotlight, wayar volt meter, wayar projector lamp, wayar kipas oil cooler aku, semua yang memerlukan kuasa, aku sambungkan ke wayar koko tu..
Tengok betapa pentingnya si koko tu. hehehe.. Wayar merah tadi pon sambung ke situ juga OK.. Hitam dah settle awal2 dah
Suiz 3 step.
Kenapa aku guna suiz ni? haaa supaya aku boleh OFF lampu, supaya aku boleh ON lampu senja/hiasan sahaja, supaya aku boleh ON lampu utama sahaja. Aku dah tetapkan yang "I" tu ialah lampu hiasan dan "II" ialah lampu utama.
Bahagia Bawah Suiz
Seperti yang terdapat dalam gambar tu.
-Anak panah koko. Bermaksud punca kuasa.. Iaitu wayar koko sambung ke wayar meter.
-Anak panah kuning. Bermaksud wayar kuning lampu projector.
-Anak panah merah. Bermaksud wayar merah lampu projector.
Jelas? Korang jangan la tengok wayar tu. Itu semua merah sbb aku dah sambungkan wayar lain supaya panjang. Korang tengok jelah anak panah yang aku lukis comey-comey tu.
Dah siap semua, pasang balik apa yang patut. Sampai nampak rupa motor korang. dan test
Menyala
Aku dah berjaya. Korang cuba la pulak. haha.. Thanks membaca sampai habis walaupon aku tau korang BLUR sampai kesudah... Kalau korang baca ulang2 aku jamin korang akan faham.. Ni cuma asas wayaring motor ja. Yang penting barang seperti lampu, suiz tu ada dalam tangan. Kalau imagine mmg berat nanang la.. kahkahkah.
Okey la jadi kot sampai sini saja.. nanti aku citer pasal pasang monoshock feat arm dinamik pada Kriss pula.. mungkin bulan depan kot... Aku nak biar tayar belakang aku botak dulu, baru nak barai semua untuk shoot foto sekali tukar tayar baru..
Bye.. jumpa lagi geng
Berguna laa
BalasPadamWayar kuning ngan merah sambung dkt wayar koko ke
BalasPadamWayar kuning ngan merah sambung dkt wayar koko ke
BalasPadamSambung dekat suiz I dan II.... koko sambung ke 0 suiz
Padamapa bermaksud semua berwarna wiring ? koko untuk kuasa . merah untuk positif . biru ,putih,kuning untuk apa pulak ?
BalasPadamSalam bro perlu ke beli wayar tambahan?
BalasPadamtak perlu pon.. wayar tambahan kalau wayar asal tak cukup panjang
Padambro, kalau lampu motor kriss nk tuka ke lampu h4 lepas tu plus relay boleh ke? tlg bagi pendapat.. trime kasih
BalasPadamboleh. pasang 1 set
PadamAssalamualaikum..saya dah ikut step tu..lampu semua jyala elok terang ja..tapi bila saya tekan brek depan lampu tu jadi malap lepastu dia tukaq mode sendiri. Contoh asalnya dia lampu tinggi bila tekan brek depan dia tukar jadi lampu kelip ii
BalasPadamsebab bateri tak cukup kuat
PadamBro kalau aku amik lampu utama je lampu hiasan tu aku tk amik jdi cmnr ek adekah tkkan ad lampu senja atau masih ada...dan wayarny merah kuning still smbung mcm biase ke mcm bro buat
BalasPadamAsslmkum bos.. kasi la no tepon sng nk wsap.. dlm ni bos lambat nk replay..
BalasPadam