Ahad, 31 Disember 2017

#3 Custom Sirip dan mini Spot light

Assalamualaikum semua.. hai.. maaf aku terlewat post pulak. sepatutnya khamis lepas aku dah publish. Tapi tak pe, minggu ni kira aku akan upload 2 perkongsian la. Okay, Hari ni aku nak kongsi pasal cover tambahan yang aku cakap dekat episod lepas. Yang kali ni pendek jer blog aku.

Rabu, 20 Disember 2017

#2 Kacuk Mudguard Dash

Assalamualaikum semua.. hai.. hari ni aku nak kongsi pasal custom masuk mudguard honda dash V1 dekat kriss... Sebelum ni aku ada tengok beberapa pengguna kriss 110 kacuk pakai mudguard LC.. tp bila diperhatikan, nampak macam tak berapa ngam dengan kriss. Pasal jarak dada dengan mudguard jauh giler walau dah turunkan fork.. itu pada pandangan aku la. Pandangan orang lain, lain pulak.. tapi tak pe. Kita abaikan dulu pasal tu... Lani aku nk bercerita tentang cara-cara permasangan mudguard honda dash V1 pada kriss 110 yang dah di convert coversuit-nya kepada kriss 120.. 

Mudguard Honda Dash V1

Khamis, 14 Disember 2017

#1 Oil Cooler

Penyejuk Minyak (Oil Cooler)

Hai Assalamualaikum Semua. Selanjutnya aku akan bercerita mengenai Penyejuk Minyak (Oil Cooler). Benda ni sebenarnya satu aksesori yang sangat bagus. memberi kebaikan pada enjin motosikal. Fungsinya ialah menyejukkan minyak pelincir motosikal ye. bukan minyak petrol tau. juga terdapat dikereta. tapi kali ni aku kursuskan kepada motosikal la..



Morin Oil Cooler

Pengenalan

hai assalamualaikum semua.. aku baru saja dirikan blog ni. saja cuba-cuba buat blog. aku tak tau la aku boleh aktif pos ke tak. yang pasti aku akan pos setiap benda yang aku nk cerita la.. terutamanya dunia permotoran la. aku ni minat motor sebenarnya. tapi aku tak ada banyak info nak cerita pasal aku tak da kawan nak sembang-sembang. aku cerita pon berdasarkan apa yang aku baca dan pengalaman sendiri ja.

aku cuma ada sebiji moto saja.. motor model pertama keluaran modenas. korang tau kan model apa? semestinya modenas kriss 110... atas geran modenas kriss 110. first edition. tiada brek cakera,.


haa ni rupa asal motor aku

tapi sekarang aku dah modified kaw-kaw punya sampai hilang rupa asal. kahkahkah macam dalam gambar dibawah

Starting up dan test meter